Pada hari khamis, 22 Januari 2015 yang lalu, telah diadakan Majlis Penutupan Program Transisi Tahun 1 yang bertempat di dewan Ibnu Khaldun, SK. Seri Nilam. Program ini telah berlangsung selama 2 minggu yang hanya melibatkan guru - guru dan murid - murid tahun 1.
Program ini bertujuan untuk membantu pelajar baru dalam menghadapi perubahan keadaan transisi dan pendidikan tidak formal di rumah atau di PraSekolah ke arah pendidikan yang lebih formal di tahun 1 sekolah rendah. Program ini memastikan semua pelajar tahun 1 yang datang daripada pelbagai latar belakang, pengalaman dan sosioekonomi yang berbeza dapat memulakan proses pembelajaran mereka di tahun 1 pada tahap pencapaian yang hampir sama. Ia dirancang supaya proses pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar di samping pelajar dapat mengikuti pembelajaran dalam suasana yang ceria dan gembira.
No comments:
Post a Comment