31 December, 2014

SEKAPUR SIREH

GURU  PENYAYANG  MURID  BERKUALITI 

   Assalamualaikum kepada semua guru yang dihormati. Semoga kita sentiasa diberkati Allah S.W.T yang Maha Penyayang. Dalam menjalani kehidupan yang singkat ini, marilah kita berusaha untuk manabur khidmat dan bakti serta melakukan kebaikan untuk manfaat agama,bangsa dan negara. Walaupun cabaran dalam sistem pendidikan kita masih bertambah,kita jangan mudah mengeluh. Sebaliknya kita perlu banyak bersabar dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab. Yang paling penting ialah lakukan apa sahaja yang sepatutnya demi memenuhi tuntutan kita sebagai seorang pendidik. Setelah 2 tahun terlaksana Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM), kita semaki memahami hasrat dan cita-cita dalam pelan tersebut. Tahun 2015 menjadi lebih mencabar kerana kita berada di penghujung Gelombang 1 PPPM. Tahun ini juga kementerian meletak sasaran supaya i-THINK menjadi alat dalam proses PdP. Kita perlu insaf dan sedar bahawa kaedah PdP yang kita amalkan selama ini kurang berkesan untuk melahirkan murid yang mampu berfikir pada aras tinggi. Oleh itu warga guru sekalian perlu melalui transformasi yang berbentuk “reengineering” supaya output yang kita hasilkan lebih berkualiti. Tiada lagi alasan “tidak tahu” dan”tidak boleh buat”. Kualiti dan pencapaian pelajar kita bergantung sepenuhnya kepada kesediaan kita untuk berubah. Apalagi pada tahun 2015 ini kita diminta melaksanakan Dialog Prestasi Peringkat Sekolah. Semoga hasrat negara untuk cemerlang dan berada di kelompok atas dalam TIMSS dan PISA akan tercapai sebagaimana ditulis dalam PPPM 2013-2025.
Marilah bersama–sama kita bekerja dalam satu pasukan dengan penuh keseronokan dan semagat kerjasama yang tinggi. Jauhilah hasad dengki dan buruk sangka sesama ahli organisasi kita ini. Semoga SKSN ini terus mencipta kejayaan demi kejayaan.
Sekian. Terima kasih.

(KAMAL  BIN  ABDULLAH)
Guru  Besar,
SK   Seri  Nilam,
21000  Kuala  Terengganu.

No comments:

Post a Comment