GURU PENYAYANG MURID BERKUALITI
Assalamualaikum kepada
semua guru yang dihormati. Semoga kita sentiasa diberkati Allah S.W.T yang Maha
Penyayang. Dalam menjalani kehidupan yang singkat ini, marilah kita berusaha
untuk manabur khidmat dan bakti serta melakukan kebaikan untuk manfaat agama,bangsa
dan negara. Walaupun cabaran dalam sistem pendidikan kita masih bertambah,kita
jangan mudah mengeluh. Sebaliknya kita perlu banyak bersabar dalam melaksanakan
tugas dan tanggungjawab. Yang paling penting ialah lakukan apa sahaja yang
sepatutnya demi memenuhi tuntutan kita sebagai seorang pendidik. Setelah 2
tahun terlaksana Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM), kita semaki
memahami hasrat dan cita-cita dalam pelan tersebut. Tahun 2015 menjadi lebih
mencabar kerana kita berada di penghujung Gelombang 1 PPPM. Tahun ini juga
kementerian meletak sasaran supaya i-THINK menjadi alat dalam proses PdP. Kita
perlu insaf dan sedar bahawa kaedah PdP yang kita amalkan selama ini kurang
berkesan untuk melahirkan murid yang mampu berfikir pada aras tinggi. Oleh itu
warga guru sekalian perlu melalui transformasi yang berbentuk “reengineering”
supaya output yang kita hasilkan lebih berkualiti. Tiada lagi alasan “tidak
tahu” dan”tidak boleh buat”. Kualiti dan pencapaian pelajar kita bergantung
sepenuhnya kepada kesediaan kita untuk berubah. Apalagi pada tahun 2015 ini
kita diminta melaksanakan Dialog Prestasi Peringkat Sekolah. Semoga hasrat
negara untuk cemerlang dan berada di kelompok atas dalam TIMSS dan PISA akan
tercapai sebagaimana ditulis dalam PPPM 2013-2025.
Marilah bersama–sama
kita bekerja dalam satu pasukan dengan penuh keseronokan dan semagat kerjasama
yang tinggi. Jauhilah hasad dengki dan buruk sangka sesama ahli organisasi kita
ini. Semoga SKSN ini terus mencipta kejayaan demi kejayaan.
Sekian. Terima kasih.
(KAMAL BIN ABDULLAH)
Guru Besar,
Guru Besar,
SK Seri
Nilam,
21000 Kuala Terengganu.